Aktiviti Bengkel Lakonan: “Game nama”

BENGKEL LAKONAN: GAME NAMA

Objektif: Untuk setiap peserta mengenali nama peserta-peserta yang lain

Kaedah: Game

Bahan-bahan: Tiada

Masa: 10 minit

 

LANGKAH-LANGKAH:

1. Minta semua peserta berdiri dalam bulatan sambil menghadap ke dalam.

2. Minta semua peserta bergilir-gilir menyebut nama masing-masing sambil membuat satu gerakan menarik supaya nama mereka mudah diingati. Contohnya “Tay Sy” (dengan gerakan minum teh) atau “Ali” (dengan gerakan gali lubang).

3. Selepas semua peserta habis menyebut nama dan gerakan masing-masing, fasilitator akan minta peserta seorang demi seorang untuk berdiri di tengah-tengah bulatan dan cuba sebut nama semua peserta lain.

4. Game selesai bila semua peserta dapat menyebut nama semua peserta lain dengan gerakan mereka.

 

Leave a Reply

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>